nota ringkas

 11:23am                                                                                 18/12/2020




Penat nak mulakan yang baru. Penat rasanya nak kenal muka baru. Di awal perkenalan, mula lah nak bercerita tentang kita . Tentang masa silam dan pahit manis kehidupan mengharap si dia mengerti dan boleh menerima seadanya.

Memang semuanya terasa indah di awal perkenalan. Semuanya terasa sempurna. Bahagia. Memberi dan menerima. Terlalu akrab, terlalu rapat hingga kita hampir lupa siapa kita yang dulu.Semakin terlupa pada kenangan pahit yang menghantui masa-masa silam. Dari suka menjadi sayang, dari sayang menjadi cinta.

Tapi bukanlah semuanya indah-indah belaka seperti dongeng. Memang itulah manusia. Selalu berubah. Mungkin kita yang terlalu selesa atau si dia sudah tak mampu menadah telinga untuk mendengar. Atau mungkin si dia tidak mahu lagi memegang erat tangan yang sama. Bukan semua mahu kita.

Dan kita pun kembali mencari diri kita lagi. Yang hilang hanyut dek kerana terlalu bahagia bersama si dia. Tambah lagi pahit manis dalam journal hidup kita. :)


 

 


Comments

  1. started with a photo
    ended with a text
    the distance never stops
    you could be next

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts