dad poetry
...
suatumasa
hidup ini bagaikan jelmaan
syurga,
cahayanya menyuluh cinta
walaupun hadirnya seketika
selamanya beribu makna
suatumasa
kelam mendung berarak tiba,
baru kusedar
rupanya
tangan kiri sudah tiada
tulang rusuk telah hilang
membuatkan aku separuh nyawa
menahan sebak dijiwa
maafkan papa puteri2 kecilku
papa gagal membahagiakanmu
kerana hidup ini tidak semudah yang kita impikan
berlalu sudah masa kecilmu
berganti dengan masa remaja
yang indah
juga penuh aral melintang dan onak duri
jangan sampai memakan diri
sekalong doa untuk puteriku
semoga kau tabah, sabar dan ulet
dalam menempuh kehidupan ini.
16/2/2020
puisi dari papa aku
Comments
Post a Comment